EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 20 Apr 2018
Versi 8.0.4b
Tentang Kami - Latar BelakangTentang Kami - Latar Belakang

@ Latar Belakang

Latar belakang Jabatan Kerja Raya Sarawak banyak berhubung kait dengan sejarah pembangunan infrastruktur di negeri Sarawak. Penubuhan jabatan ini sejak tahun 1882 adalah legasi tiga era penting dalam Kerajaan Sarawak iaitu, "Zaman Brooke (Rajah Putih dari 1882 - 1941)", "Zaman Koloni British (selepas Perang Dunia Kedua, 1946 - 1963)" dan "Zaman Selepas Kemerdekaan (Kerajaan Malaysia, 1963 hingga sekarang)."

Jabatan Kerja Raya Sarawak ini telah ditubuhkan dan diketuai oleh "Inspektorat Kerja Raya" pada tahun 1882, dan seterusnya diketuai oleh "Superintenden Kerja Raya dan Ukur" pada tahun 1897. Nama jawatan ini akhirnya ditukar kepada Pengarah Kerja Raya, Sarawak.

JKR Sarawak telah melalui proses penyelarasan semula peranan mereka iaitiu daripada "Pembina" kepada "Pengurus" bagi menjayakan aspirasi kerajaan negeri Sarawak. Peranan jabatan ini telah berevolusi ke arah Implementasi Projek Pembangunan melalui Penyusunan Semula Sumber Manusia, Penyelerasan Semula Struktur Organisasi dan penaiktarafan kompetensi teknikal.

Peranan teras jabatan kini meliputi proses pengurusan projek termasuk perancangan, pengurusan belanjawan, reka bentuk, pentadbiran prekontrak dan poskontrak, penyeliaan projek, pemantauan dan penyelenggaraan infrastruktur serta kemudahan awam. Selain daripada itu, abatan Kerja Raya Sarawak juga turut menyediakan perkhidmatan perunding kejuruteraan kepada badan-badan luar.

Ibu Pejabat JKR Sarawak terletak di Wisma Saberkas, Kuching. JKR Sarawak telah menubuhkan 3 Pejabat Wilayah iaitu Selatan, Tengah dan Utara; serta Pejabat Bahagian di kesemua pusat pentadbiran Bahagian di dalam negeri Sarawak. Selain itu, JKR Sarawak juga memiliki Cawangan Siasatan (dahulu dikenali sebagai Central Materials Laboratory) di Tabuan Jaya, Cawangan Pengurusan Flit (dahulu dikenali sebagai Central Mechanical Workshop) dan Stor Pusat yang terletak di Bintawa, Kuching.

@ Sejarah Pengurusan Tertinggi JKR Sarawak

Zaman Pemerintahan Brooke

 

Sulivan, Adrian O(Inspector of Works)

1882-1886

Frere, Aubrey Temple

1886-1887

Jeffreys, Edward Albert

1887-1896

Ellis, Henry Disney (Superintendent, Public Works & Survey)

1897-1907

Carew-Gobson, H.F.

1907-1913

Grove, Edward L.

1913-1919

O’niens, Percy Henry

1919-1920

Lowe, Captian Clement Procter

1921-1938

 

 

Penaklukan Jepun

1941-1945

 

 

Semasa Kolonial British

 

R.E. Edwards

1946-1951

C.F. Bert

27.1.1952-1955

H.S.Roe

1.6.1955-Sept. 1957

J.K. Wardzela

March 1956-1964

 

 

Selepas Kemerdekaan

 

J.J. Howard

1.1.1965 – 3.2.1968

Datuk Ng Siak Khee

4.2.1968 – 31.12.1977

Datuk Chai Boon Poh

1.1.1978 – 30.4.1985

Ir. Fung Chee Ping

1.5.1985 – 18.10.1985

Datuk If. Michael Parker

19.10.1985 – 9.2.1986

Datuk Micahel Ting Kuok Ngie

10.2.1986 – 4.6.1998

Datu Ir. Robert Voon Chen Hian

13.8.1998 – 14.1.2002

Datu Ir. Hubert Thian Chong Hui

15.1.2002 – 31.8.2011

Ir. Zuraimi Bin Hj. Sabki

1.9.2011 …