EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 22 Jan 2018
Versi 8.0.3
Struktur AsasStruktur Asas

Struktur organisasi JKR Sarawak pada masa kini adalah berdasarkan susun atur Ibu Pejabat yang dibahagikan kepada cawangan pakar teknikal dan bukan teknikal, tiga (3) Pejabat Wilayah dan dua belas (12) Pejabat Bahagian.

Ibu Pejabat adalah bertanggungjawab kepada pentadbiran keseluruhan serta pembinaan polisi. Cawangan teknikal pula bertanggungjawab untuk kerja-kerja perancangan projek pembangunan, belanjawan, penyeliaan, rekabentuk, penyediaan dokumen kontrak serta pengurusan kontrak.

Pejabat Wilayah JKR adalah anggota eksekutif utama dalam implementasi projek serta operasi lapangan yang merangkumi aspek penyeliaan tapak serta koordinasi.

Pejabat Bahagian JKR pula berfungsi untuk kerja-kerja penyelenggaraan bagi aset serta implementasi projek kecil yang bernilai kurang daripada RM500,000.